Penduduk gempar bunyi letupan

NILAI - Penduduk di kawasan Desa Palma di sini panik seketika apabila digemparkan dengan bunyi letupan awal pagi Isnin.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan kecemasan sekitar jam 6.30 pagi."Pasukan kami terus bergegas ke lokasi dan pemeriksaan telah menemui banyak paku atas jalan dan beberapa kenderaan yang terkena serpihan letupan di salah satu blok."Kita turut mendapatkan bantuan bomba bagi membantu siasatan. Siasatan lanjut diteruskan termasuk mengenal pasti objek yang meletup," katanya kepada pemberita pada Isnin.Menurutnya, polis juga sedang mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kejadian dan Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan akan memberikan maklumat lanjut berkaitan kes ini.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.