Anggota polis marin maut kereta terbabas di LPT2

KEMAMAN – Seorang anggota Pasukan Gerakan Marin berpangkat sarjan maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 306.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Kijal, kira-kira jam 7.25 pagi pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, mangsa, Raja Zulkifli Raja Husain, 49, berasal dari Kampung Seberang Pintasan, Dungun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan."Mangsa difahamkan sedang dalam perjalanan dari kediamannya di Dungun menuju ke tempat kerjanya di Pasukan Gerakan Marin, Kuantan sebelum ditimpa kemalangan."Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan di sebelah kiri," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Jelas beliau, impak rempuhan menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.