Ismanira tiba di mahkamah, keputusan tangguh hukuman penjara hari ini

SHAH ALAM - Permohonan ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya akan diketahui hari ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Datuk dan bapa kepada Zayn Rayyan, Zahari Mohd Rebal dan Zaim Ikhwan Zahari, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.35 pagi.Kira-kira 10 minit kemudian, Ismanira yang berbaju kurung tiba di mahkamah dengan diiringi anggota Jabatan Penjara, sekitar jam 8.45 pagi.Ismanira, 30, sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah atas pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak autisme itu, dua tahun lalu.Hakim Dr Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh bersalah atas tuduhan pengabaian yang mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap Zayn Rayyan.Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serta-merta pada Jumaat, selain dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM3,000 dan seorang penjamin.Ismanira juga diperintah menjalani bon berkelakuan baik selama dua tahun serta melaksanakan perintah khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman pemenjaraan.Sebelum ini, mahkamah menolak permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman dengan alasan tiada keadaan khas atau luar biasa yang mewajarkan penangguhan sementara menunggu proses rayuan.