Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental

SEPANG – Polis mengesahkan wanita yang didakwa tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini mempunyai kad berkaitan masalah kesihatan mental.Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata, wanita itu merupakan warga tempatan."Kita telah menahan wanita itu pada 18 Disember lalu."Pemeriksaan mendapati wanita tersebut mempunyai kad masalah kesihatan mental dan tindakan lanjut telah diambil dengan menyerahkannya ke Hospital Kajang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Bagaimanapun, punca sebenar keberadaan wanita tempatan itu di KLIA Terminal 1 masih belum dapat dipastikan.Sebelum ini, tular di media sosial rakaman seorang individu berada di kawasan terminal bersama barangan peribadi, dipercayai bergantung sepenuhnya kepada kemudahan awam seperti internet, pendingin hawa dan bekalan air yang disediakan di lapangan terbang terbabit.