Bas bawa penumpang langgar lori tepi jalan

JOHOR BAHRU - Sebuah bas henti-henti yang membawa penumpang melanggar sebuah lori yang berhenti di tepi jalan di kilometer (km) 3.5 Jalan Skudai, Pantai Lido arah pusat bandar di sini, pada Ahad.Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam 3.30 petang dan pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut melalui laman Facebook pada Isnin."Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu bas iaitu seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun membawa penumpang dalam perjalanan dari arah Skudai ke pusat bandar."Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu bas tersebut tidak nampak sebuah lori diletakkan di tepi jalan tanpa pemandu lalu melanggar belakang kanan lori tersebut."Akibat perlanggaran tersebut lori terbabit telah berpusing naik ke atas bahu jalan sebelah kiri jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tambahnya, akibat kemalangan itu tiga penumpang bas iaitu seorang wanita berusia 45 tahun serta serta dua lelaki warga emas berusia 63 dan 73 tahun cedera.Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Polis juga meminta orang ramai yang mengetahui atau mempunyai maklumat mengenai kes itu untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dengan menghubungi Inspektor Hafiz Jaafar Mad Ariff di talian 014-7159957 bagi membantu siasatan, " katanya.