DNAA: UMNO Johor Hormati Proses Undang-Undang, Yakin Kepimpinan Presiden Parti

TEBRAU, 23 Dis – UMNO Negeri Johor menghormati proses undang-undang berhubung isu permohonan semakan kehakiman keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September 2023 yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman. Menerusi satu kenyataan, beliau menegaskan bahawa UMNO turut menghormati kebebasan dan kewibawaan institusi kehakiman [...]