Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Ketua Wanita UMNO Selangor Datuk Halimaton Saadiah menyelar Setiausaha Publisiti Dap Kebangsaan, Yeo Bee Yin dan beberapa pemimpin Dap lain yang secara terbuka meraikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Menurut beliau tindakan sedemikian bukan sahaja mencerminkan sikap biadap dan kurang ajar, malah menunjukkan kegagalan memahami [...]