‘Jika benci penyangak, desak DAP tinggalkan Kerajaan Madani’ - Ka Siong

SHAH ALAM – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempersoalkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua yang melabelkan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai "pencinta penyangak."Kenyataan itu dibuat susulan hantaran Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang menyatakan sokongan terhadap keputusan mahkamah menolak permohonan tahanan rumah membabitkan Najib.Ka Siong berkata, jika bekas Ahli Parlimen DAP itu benar-benar membenci penyangak, beliau sepatutnya menggesa partinya menghentikan segala bentuk kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan."Kalau Tony Pua benci sangat dengan penyangak dan pencinta penyangak, kenapa DAP masih lagi bekerjasama dengan pencinta penyangak yang sama ini?"Jika serius, dia harus mendesak partinya, DAP untuk memutuskan segala bentuk kerjasama dan meninggalkan kerajaan Madani," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.Sebelum itu, Bee Yin dilaporkan memuat naik satu hantaran dipercayai merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman Najib berhubung Titah Adendum, yang bertujuan membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Dalam hantaran tersebut, Bee Yin menulis: "Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini."Hantaran itu dimuat naik beberapa jam selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching, memutuskan bahawa Titah Adendum tersebut tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari 2024.