JOHOR BAHRU, 24 Dis – UMNO Bahagian Johor Bahru mengecam tindakan Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin (Dap) yang meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan kes melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin lalu. Tegas Ketuanya Datuk Yahya Jaafar, ia merupakan satu tindakan tidak sensitif dan tidak menghormati rakan gabungan. “Ia turut menunjukkan kegagalan sebahagian pimpinan [...]