KLANG - Kegiatan pemindahan minuman keras tidak bercukai dari lori ke dalam dua kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza di kawasan parkir yang sunyi di Taman Bayu Emas di sini terbongkar pada Selasa.Tindakan itu diambil Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang yang sedang menjalankan rondaan Op Taring Landai kira-kira jam 7 pagi.Pemangku Komander PPM Wilayah Satu berkata, Superintenden Fakharuddin Amri Sanusi berkata, operasi mengesan sebuah lori bonded yang dijadikan tempat penyimpanan minuman keras disyaki tidak bercukai.Menurutnya, anggota operasi PPM telah membuat pemerhatian selama 15 minit dan terdapat dua Toyota Avanza sedang mengambil minuman keras dari lori bonded tersebut."Semasa menyerbu parkir terdapat dua lelaki iaitu seorang warga India dan tempatan."PPM telah merampas pelbagai jenis minuman keras bernilai RM464,325.65 selain lori bonded lima tan serta dua Toyota Avanza itu untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Tambahnya, dipercayai minuman keras itu untuk pasaran di Lembah Klang sempena perayaan Krismas.Tegasnya, kesemua suspek serta barang rampasan telah dibawa balik ke PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut antaranya Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63.