PELAKON Izreen Azminda baru-baru ini meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian akademik putera sulungnya, Muhammad Adrian Umar, 12.Dalam catatan yang penuh emosi itu, Izreen berkongsi kegembiraan melihat anak lelakinya itu terpilih menerima anugerah tokoh pelajar pada tahun ini dan menamatkan pembelajaran al-Quran dengan jayanya."Berjuta tahniah buat putera pertama kesayangan mama, Adrian Umar kerana berjaya khatam al-Quran, selamat bergraduasi dan menerima anugerah tokoh."Setiap tahun abang tidak penah gagal banggakan mama, opah dan guru-guru."Jauh di sudut hati mama bermacam perasaan ada. Sebak, terharu dan terlalu bangga dengan pencapaian abang. Terima kasih abang," kongsinya.Mengakui tiada ibu yag sempurna, aktres berusia 40 tahun itu sentiasa berusaha memperbaiki diri demi masa hadapan permata hatinya."Mama mungkin bukan seorang ibu yang baik tapi mama akan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik untuk abang. Mama mungkin seorang ibu penuh dengan kegagalan tetapi mama sentiasa akan berusaha menjadi seorang ibu yang tiada kecacatan untuk abang."Mama mungkin sentiasa di jalan yang salah tetapi mama akan berusaha menjadikan jalan itu lurus untuk abang. Terima kasih abang kerana sentiasa bersama mama," titip Izreen buat Adrian.Dalam hantaran yang sama, ibu kepada empat cahaya mata itu merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua guru Adrian yang telah mencurahkan ilmu pengetahuan serta kasih sayang tanpa bandingan.Izreen juga tidak lupa meberikan pujian kepada anak keduanya, Aaron Ibrahim yang turut bergraduasi baru-baru ini.Sekadar info, Adrian adalah anak daripada perkahwinan pertama Izreen dengan Muhammad Riza Baharuddin pada 2012 sebelum berpisah secara rasmi pada tahun 2014.Izreen kemudian mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Uda Wahid pada tahun 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata.