KUALA LUMPUR - UMNO dinasihatkan menilai semula kedudukan dalam kerajaan Perpaduan jika menganggap apa yang berlaku dalam kes Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertentangan dengan perjuangan parti berkenaan dalam mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu.Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pemimpin UMNO juga perlu menyerahkan kuasa atau jawatan yang disandang mereka."Ini bagi memastikan UMNO kembali mempunyai kuasa dan pengaruh dalam politik negara serta tidak lagi bergantung kepada mana-mana parti politik lain."UMNO ada undang-undang dan Perlembagaan sendiri yang sepatutnya kita hormati, ikut dan patuh. Jika tidak, tidak ada maknanya perjuangan UMNO selama ini sekiranya hanya kerana kerusi empuk," katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.AKAN MENYUSUL