KUANTAN – Gagal mendapat rawatan mental sejak dua tahun lalu menjadi punca seorang tukang gunting rambut dipercayai terjatuh dari Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada petang Rabu.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, perkara itu dikenal pasti menerusi hasil soal siasat lanjut dilakukan ke atas isteri mangsa dalam kejadian kira-kira jam 2.39 petang.Menurutnya, pasangan itu telah berkahwin hampir 15 tahun dan mempunyai lima anak."Temu bual lanjut dengan isteri mangsa mendapati mangsa mengalami penyakit mental sudah hampir dua tahun."Mangsa dikatakan gagal mendapatkan rawatan lanjut di hospital dan sering dilihat bercakap seorang diri," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sebelum itu, Ashari berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Pekan selepas bercuti di Cherating."Mangsa dipercayai meluahkan tekanan emosi kepada isterinya sehingga mencetuskan pertengkaran antara pasangan tersebut."Semasa berada di atas Jambatan Tanjung Lumpur, mangsa telah memberhentikan kenderaan sebelum berlaku satu insiden yang gagal dihalang oleh isterinya," katanya.Beliau berkata, susulan itu, mangsa berjaya diselamatkan bot pemancing yang kebetulan berada di tempat kejadian dan mangsa telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin."Mangsa mengalami terseliuh di bahu kiri dan dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya.