PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengesan beberapa akaun palsu yang menggunakan nama syarikat itu di platform media sosial. Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, TH berkata, akaun-akaun tersebut turut dikenal pasti menyebarkan tawaran palsu dan berita tidak benar. “Sebagai langkah berjaga-jaga, TH telah membuat laporan rasmi bagi tujuan menyahaktifkan akaun-akaun tersebut,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE The post TH nyahaktif akaun palsu di media sosial appeared first on Kosmo Digital .