Jake Paul akui sukar bercakap selepas dibelasah Anthony Joshua

PEMPENGARUH media sosial yang menjadi peninju, Jake Paul mengakui dia kini sukar untuk bercakap selepas rahangnya patah susulan pertarungan kontroversi menentang bekas juara heavyweight dunia, Anthony Joshua.Joshua membenam Paul dalam pertarungan bernilai £200 juta pada Jumaat lalu yang berakhir dengan keputusan 'knockout' (KO) pada pusingan keenam.Sebaik sahaja tewas, Paul yang digelar 'The Problem Child' dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas rahangnya disahkan patah di dua bahagian akibat penangan tumbukan padu Joshua.Menerusi penampilan dalam podcast abangnya, Logan Paul iaitu IMPAULSIVE, Paul mendedahkan tahap kecederaan serius yang dialaminya.Dalam keadaan wajah yang masih bengkak, Paul memberitahu doktor terpaksa memasang empat plat titanium pada rahangnya, menyebabkan dia berasa seolah-olah ada 'bola besbol' di dalam mulutnya."Rasanya seperti ada bola besbol di dalam sana. Empat plat titanium. Ia benar-benar patah, kawan, patah sepenuhnya," katanya.Susulan pembedahan itu, doktor mengarahkan Paul untuk hanya mengambil makanan dalam bentuk cecair selama seminggu memandangkan beberapa giginya turut dicabut semasa prosedur tersebut.Situasi itu memaksa Paul memuat naik video menunjukkan dia mengisar 'hot dog' mewah bersalut kaviar yang dianggarkan bernilai AS$6,000 (RM26,600) ke dalam mesin pengisar untuk diminum.Video tersebut jelas memperlihatkan Paul masih menanggung kesakitan akibat tumbukan Joshua, malah dia terpaksa berhenti seketika ketika temubual bersama Logan kerana sukar menuturkan kata-kata."Saya tak boleh nak bercakap sangat," keluhnya.Walaupun mengalami kecederaan parah, Paul tetap menyifatkan pertarungan tersebut sebagai satu pengalaman yang hebat."Saya terfikir, 'Wah, itu (tumbukan) yang bagus'. Masa terbaring di atas lantai saya akui ia satu pukulan yang baik."Dia mengejutkan rahang saya. Maksud saya, tak susah pun untuk kena belasah. Saya rasa saya dah buat yang terbaik, cuma stamina dan tekanan mental berlawan dengan orang besar serta penggunaan sarung tangan 10-auns itu berbeza."Tetapi ia pengalaman yang hebat, saya belajar banyak perkara di dalam gelanggang," ujarnya.