[VIDEO] MB Perlis umum letak jawatan

KANGAR - Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengumumkan hasrat peletakan jawatan dalam sidang media di kediaman rasmi beliau di sini pada Khamis.Mohd Shukri memaklumkan, peletakan jawatan itu dibuat secara sukarela atas faktor kesihatan."Pertamanya saya nak maklumkan bahawa saya telah diperkenan untuk menghadap Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada tengah hari tadi dan telah menyatakan hasrat saya untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar secara sukarela selain mengambil kira faktor kesihatan."Saya telahpun mempersembahkan surat meletakkan jawatan kepada Tuanku pada tengah hari tadi, jadi sehubungan dengan itu saya nak mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh keluarga pentadbiran kerajaan Perlis," katanya.