'Sahabatku Cikgu Shukri, terima kasih ajar kami erti jiwa besar' - MB Kelantan

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis berkuat kuasa pada Khamis mengajar erti jiwa besar dalam menghadapi gelombang ujian.Menurut beliau, ADUN Sanglang yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Shukri itu telah membuktikan segala jawatan dan kedudukan bukan bertakhta di hati bukan untuk dipegang erat sebagai kemegahan"Buat sahabat seperjuangan ambo yang di kasihi YB (Yang Berhormat) Cikgu Mohd Shukri Ramli. Sesungguhnya dirimu telah melepasi beban maha berat sebuah kepimpinan."Dirimu bukan meminta mahupun melobi di atas satu bebanan yang bakal dipersoalkan hebat di akhirat kelak."Terima kasih mengajar kami erti jiwa besar dalam menghadapi gelombang ujian. Dirimu telah membuktikan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Menurut beliau, walaupun sudah dipisahkan pada kedudukan dan pangkat, persahabatan kekal akrab dan utuh dalam sebuah jemaah yang mereka amat cintai."Kita dipisahkan hanya pada kedudukan dan pangkat. Namun hakikatnya kita kekal akrab dan utuh bersahabat di dalam sebuah jemaah yang kita amat cintai."Bertemu dan berpisah kerana jalanNYA. Semoga kita tidak menjadi hina disisi ALLAH dengan menyalahgunakan jawatan yang diperolehi hasil kepercayaan orang ramai."Berusahalah menunaikan tanggung jawab dengan bersungguh-sungguh kerana jawatan adalah suatu amanah," katanya.Sinar Harian pada Khamis melaporkan Mohd Shukri mengumumkan hasrat peletakan jawatan secara sukarela disebabkan faktor kesihatan yang dialami.Pengumuman itu dibuat dalam sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perlis pada petang Khamis.