Minum arak di pusat hiburan: Tiga penjawat awam antara 18 individu Muslim ditahan

JOHOR BAHRU – Tiga penjawat awam antara 18 individu Muslim yang ditahan dalam satu operasi berkala dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini.Menurut sumber JAINJ, ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 11. 30 malam pada Khamis, kesemua individu terbabit sedang berhibur dengan alunan muzik yang kuat sehingga tidak menyedari kehadiran anggota penguat kuasa di premis berkenaan."Mereka yang ditahan terdiri daripada 14 warga tempatan dan empat wanita asing iaitu warga Singapura dan Indonesia yang beragama Islam. Turut ditangkap tiga orang penjawat awam," katanya.Jelasnya, kesemua yang ditahan didapati melakukan kesalahan minum arak di bawah Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997."Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.Tambahnya, kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Penguatkuasa JAINJ untuk siasatan lanjut.