'Unsur penyelewengan, tuntut jawatan punca krisis politik Perlis' - Abdul Hadi

MARANG - Desakan supaya projek-projek besar diluluskan tanpa mematuhi peraturan dan unsur penyelewengan serta rasuah didakwa merupakan faktor utama krisis politik di Perlis.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, terdapat tekanan berkaitan projek yang tidak mengikut peraturan, menyebabkan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli tidak boleh menuruti perbuatan yang salah.Beliau mendakwa, keengganan Mohd Shukri untuk tunduk kepada tekanan tersebut menyebabkan beliau dizalimi."Bukannya berlaku zalim, walaupun pentadbirannya diterima rakyat serta dilihat memerintah dengan adil dan berintegriti," katanya ketika sidang akhbar di sini pada Jumaat.Sebelum ini, pergolakan di Perlis berlaku apabila terdapat lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu mengisytiharkan tidak menyokong kepimpinan Mohd Shukri.Lapan ADUN tersebut terdiri daripada tiga ADUN Pas dan selebihnya daripada Bersatu.Mereka didakwa telah menandatangani akuan bersumpah (SD) dan menyerahkannya kepada pihak Istana Perlis sebelum ini.Pada Khamis, Mohd Shukri yang juga ADUN Sanglang, mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela atas faktor kesihatan.Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, punca lain melibatkan sikap segelintir pihak yang menuntut jawatan, sedangkan dalam Pas dan ajaran Islam jawatan tidak wajar diberikan kepada individu yang memintanya, walaupun memiliki kelayakan."Jawatan adalah amanah. Dalam Islam, orang yang meminta jawatan tidak boleh diberi, ini prinsip yang jelas dan kita berpegang dengannya."Pengalaman lalu membuktikan bahawa perebutan jawatan sentiasa menjadi pencetus perpecahan dan pengkhianatan, sekali gus melemahkan kestabilan pentadbiran dan keutuhan parti," katanya.