Ambulans dilanggar motosikal ditunggang warga asing

GEORGE TOWN - Sebuah ambulans dilanggar motosikal yang ditunggang seorang warga asing dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Perak, di sini, pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, ambulans yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun sedang bergerak dari Hospital Pulau Pinang menuju ke Klinik Kesihatan Daerah Timur Laut untuk mengambil pesakit.Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, motosikal yang ditunggang lelaki warga asing berusia 32 tahun itu datang dari arah Jalan Jelutong menghala ke pusat bandar sebelum melanggar pintu hadapan sebelah kiri ambulans."Pemandu ambulans tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kedua-dua kenderaan bergerak dari arah bertentangan."Kes disiasat di bawah Peraturan 3(2)(b), Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59)."Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian kemalangan," ujarnya.