Himpunan Huffaz perkukuh martabat pendidikan tahfiz negara

BAGAN DATUK - Kehadiran hampir 10,000 huffaz dari seluruh negara ke Himpunan Huffaz 2025 dan Simfoni Dakwah Nusantara mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memartabatkan pendidikan Islam dan memperkukuh institusi tahfiz di Malaysia.Majlis sebagai penutup tirai 2025 itu bukan sahaja medan penyatuan komuniti huffaz, malah berperanan menanam kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan generasi muda dan masyarakat.Menurut Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA), Mohd Dailami Che Age, himpunan skala besar itu turut membawa mesej mengenai keperluan memelihara disiplin ilmu berasaskan al-Quran, hadis, ijmak dan qisas, selaras peranan institusi tahfiz dalam melahirkan golongan agamawan yang mampu membimbing masyarakat."Ini platform menanamkan kecintaan terhadap al-Quran dalam diri anak-anak dan masyarakat disamping mengeratkan silaturahim sesama huffaz, menggalakkan sikap kasih sayang, hormat menghormati dan kebersamaan dalam ibadah."Kemunculan Ustaz Profesor Dr Abdul Somad Batubara dalam slot Bicara Hati Umat yang sarat dengan nasihat dan pengajaran berkaitan penghayatan al-Quran sebagai panduan kehidupan menjadi acara kemuncak majlis ini," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Kerjasama perkasa institusi tahfizUsaha memperkasa institusi tahfiz memerlukan kerjasama lebih tersusun dan menyeluruh melibatkan kerajaan serta pihak berautoriti bagi memastikan hala tuju pendidikan berkenaan lebih jelas serta mampan pada masa hadapan.Mohd Dailami menegaskan, platform kerjasama yang diwujudkan boleh menjadi medium penting untuk membincangkan isu berkaitan pengiktirafan pensijilan, pemantapan tadbir urus dan hala tuju institusi tahfiz demi kepentingan golongan berkenaan.Malah menurutnya, pengumuman kerajaan berhubung pemerkasaan institusi itu memberi harapan baharu kepada seluruh warga tahfiz untuk melihat martabat pendidikan diangkat ke tahap yang lebih baik."Institusi tahfiz bukan sekadar pusat hafazan al-Quran, tetapi benteng pemeliharaan wahyu dan sumber lahirnya pelapis agamawan yang berperanan membimbing masyarakat."Tanggungjawab dan komitmen menyebarluaskan syiar Islam terletak di bahu setiap umat Islam dan tidak wajar hukum-hakam ditentukan berasaskan kehendak manusia semata-mata tanpa berpandukan al-Quran dan sunnah."Penghayatan terhadap ajaran Islam akan semakin terhakis sekiranya disiplin ilmu yang berpaksikan al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas diabaikan," ujarnya.Sementara itu beliau turut memuji komitmen Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap pembangunan institusi tahfiz, sekali gus menyuntik semangat kepada pengusaha dan ibu bapa untuk mempercayai pendidikan dalam sistem tersebut.Menurutnya sehingga Oktober 2025, seramai 61,494 pelajar tahfiz direkodkan dalam Sistem Maklumat Pendidikan Islam Negara (SIMPENI) melibatkan institusi berdaftar, manakala jumlah keseluruhan dianggarkan mencecah hampir 100,000 pelajar termasuk institusi yang masih dalam proses pendaftaran."Kejayaan penganjuran program berkaitan tahfiz mencerminkan keprihatinan Kerajaan Madani terhadap pembangunan pendidikan agama yang konsisten, selain menekankan aspek pembinaan modal insan berteraskan nilai moral dan spiritual."Negara memerlukan golongan hafiz yang bukan sekadar menghafaz al-Quran, tetapi memahami serta menghayati kandungannya sebagai panduan hidup."Lepasan tahfiz hari ini bukan sahaja melahirkan ulama, malah ramai yang berjaya menjadi profesional dalam pelbagai bidang, sekali gus membuktikan pendidikan ini mampu melahirkan insan seimbang," katanya.Mengenai Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), beliau berkata, pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan institusi al-Quran dalam pembangunan pendidikan Islam negara terbukti dengan penggubalan dasar itu sejak tahun 2017."DPTN 2.0 yang dijangka dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja dan dilaksanakan pada tahun hadapan menandakan pendidikan tahfiz kini berkembang sebagai satu sistem pendidikan lebih berstruktur dan tersusun."Pengumuman Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) dibangunkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dapat meningkatkan martabat institusi tahfiz, memperkukuh tadbir urus serta meraikan kepelbagaian aliran itu di negara ini," ujarnya.