KOTA BHARU - Seramai 10 individu termasuk lima wanita direman empat hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan kes rusuhan di Pasar Awam Melor di sini pada Khamis lalu.Majistret Rais Imran Hamid mengeluarkan perintah reman kepada kesemua individu yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 50-an itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh secara beramai-ramai di tempat awam.Perintah reman itu akan berakhir pada Selasa.Terdahulu, dua orang wanita sudah direman empat hari bermula Jumaat hingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes tersebut.Sinar Harian pada Jumaat melaporkan polis menahan lima lelaki dan tujuh wanita dipercayai terlibat dalam kes merusuh di Pasar Awam Melor di sini pada Khamis.Kesemua mereka berusia antara 20-an hingga lewat 50-an telah ditahan bagi membantu siasatanMenurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada seorang wanita berusia 19 tahun yang mendakwa dirinya telah dikasari oleh seorang wanita lain berusia lingkungan 20-an.Beliau berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.30 petang dan turut melibatkan ahli keluarga pengadu serta suspek.Punca kejadian masih dalam siasatan dan pergaduhan berkenaan dileraikan oleh orang awam yang berada di lokasi.