Pahang, Johor diramal hujan lebat tahap buruk hingga Isnin

SHAH ALAM - Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing, Johor dijangka mengalami hujan lebat berterusan (tahap buruk) hingga Isnin ini.Amaran itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemas kini jam 2 petang pada Sabtu.MetMalaysia berkata, hujan lebat berterusan (tahap waspada) pula dijangka berlaku di seluruh Kelantan dan Terengganu, juga hingga Isnin (29 Disember)."Ini termasuk beberapa kawasan di Pahang seperti Jerantut, Maran dan Bera manakala di Johor melibatkan Segamat, Kluang serta Kota Tinggi," katanya dalam kenyataan.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi jabatan, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia.Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut.