Pergolakan berlaku sebab lebih berpolitik berbanding utamakan rakyat - Pengerusi PH Perlis

KANGAR - Pergolakan yang berlaku di Perlis menunjukkan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) lebih mengutamakan politik berbanding kestabilan negeri dan rakyat.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis, Noor Amin Ahmad berkata, situasi tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan PN mempunyai kerajaan yang stabil serta kedudukan kerusi Pas (9) dan Bersatu (5) berbanding PH (1) sebelum ini.Menurutnya, PN sepatutnya menggunakan perbincangan dalaman sekiranya mahu menukar Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli tanpa menimbulkan kekecohan sehingga krisis berlaku."Tiada tekanan daripada BN (Barisan Nasional) atau PH yang menyebabkan berlakunya goyah ini, tidak ada, jadi maksudnya tumpuan pentadbiran (kerajaan negeri) ini boleh lebih lagi."Jadi maksudnya apa, maksudnya selama ini dok fikir siapa nak naik, siapa nak turun, nak kata tak buat rombakan Exco dah buat."Bukan saya kata MB (Menteri Besar) tak boleh ditukar, MB boleh ditukar, tetapi you have the huge majority, tak menggunakan (kelebihan majoriti dan berbincang secara dalaman), maksudnya ada kekurangan daripada segi kepimpinan," katanya.Media sebelum ini melaporkan, pergolakan di Perlis berlaku apabila terdapat lapan ADUN negeri itu mengisytihar tidak menyokong kepimpinan Mohd Shukri.Mereka dikatakan telah menandatanggani akuan bersumpah (SD) dan menyerahkan kepada pihak Istana Perlis sebelum ini.Lapan ADUN tersebut terdiri daripada tiga ADUN Pas dan selebihnya daripada Bersatu.Susulan itu, Pas memutuskan keahlian tiga ADUN Perlis daripada parti itu terhenti serta-merta susulan pendirian mereka yang dikatakan telah hilang kepercayaan terhadap Mohd Shukri.Sebagai rekod, Perlis mempunyai 15 kerusi DUN dan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, PN mencipta sejarah apabila memenangi 14 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi satu kerusi di DUN Indera Kayangan.Kedudukan terkini, tiga kerusi Pas dikosongkan menjadikan jumlah kerusi DUN Perlis tinggal 12 terdiri daripada Pas (6), Bersatu (5) dan PKR (1).