KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita sebanyak 915 kenderaan mewah termasuk Aston Martin, Ferrari dan Rolls Royce, sejak pelaksanaan Op Luxury di seluruh negara bermula 1 Julai lalu.Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, walaupun berlaku peningkatan pembayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) dalam kalangan pemilik kenderaan mewah, namun masih ramai yang gagal melunaskan cukai jalan masing-masing.Menurutnya, antara alasan yang sering dikemukakan pemilik kenderaan terbabit adalah terlupa dan menghadapi masalah kewangan."Sehingga semalam (Sabtu), sebanyak 915 kenderaan mewah telah disita."Pemilik kenderaan mewah, sila perbaharui LKM segera kerana mereka dalam radar kami. Bila-bila masa kenderaan ini berada di jalan raya kita akan tahan dan sita," katanya kepada pemberita selepas Op Pelbagai JPJ di Jalan Ampang di sini pada Ahad.Turut hadir, Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi AdamMuhammad Kifli menegaskan, isu kegagalan memperbaharui cukai jalan tidak sepatutnya timbul."Harga setiap kenderaan dimiliki bernilai lebih RM300,000 dan adakah harga cukai jalan tidak mampu dijelaskan?" katanya.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, semakan mendapati tunggakan cukai jalan tertinggi membabitkan sebuah Lamborghini Huracan dengan jumlah tunggakan RM35,760, manakala sebuah Audi A8 mencatat tunggakan sebanyak RM21,710.JPJ turut menahan sebuah kenderaan mewah jenis Audi TT yang tidak memperbaharui cukai jalan sejak 2021, selain mengesan sebuah lagi kenderaan mewah jenis BMW i7 mempamerkan nombor pendaftaran palsu.Tegas Aedy, JPJ akan memperkukuh pelaksanaan operasi berkenaan dan tidak lagi hanya mengeluarkan saman seperti sebelum ini.