Ronaldo ledak 40 gol tahun ini, kian hampiri 1,000 jaringan

CRISTIANO Ronaldo berjaya meledak gol ke-40 bagi tahun ini sekali gus meletakkan dirinya semakin hampir untuk mencapai impian 1,000 gol dalam karier.Bintang Portugal itu mempamerkan ketajaman penyudah apabila menjaringkan dua gol untuk membantu Al-Nassr menewaskan Al Akhdoud 3-0 pada Sabtu.Jaringan berganda tersebut menjadikan jumlah keseluruhan gol karier pemain berusia 40 tahun itu kini mencecah 956 gol.Pencapaian luar biasa itu segera mendapat perhatian penyokong tegarnya, pengacara terkenal Piers Morgan yang menyifatkan Ronaldo sebagai penjaring gol terhebat sepanjang zaman."Dia tidak pernah berhenti menjaringkan gol. Di mana sahaja, untuk mana-mana pasukan."Orang ramai boleh berdebat siapa 'Goat' bola sepak, tetapi tiada perdebatan mengenai siapa penjaring gol terhebat dan paling konsisten. Ia adalah Cristiano Ronaldo," tulis Morgan di media sosial.Ronaldo turut berkongsi kegembiraan tersebut dengan 105 juta pengikutnya di laman X dengan mesej ringkas: "Kerja keras adalah jalan menuju kejayaan!"Konsistensi bekas bintang Real Madrid dan Manchester United ini disifatkan sebagai fenomena apabila beliau kini telah merekodkan lebih 40 gol dalam 14 tahun kalendar yang berbeza sepanjang kariernya.Rekod terbaik peribadinya adalah pada tahun 2013, di mana beliau meledak 63 gol dalam semua pertandingan untuk kelab dan negara.Di sebalik kejayaan itu, disiplin kecergasan Ronaldo kekal menjadi rahsia utamanya. Beliau yang mengamalkan senaman Pilates, berenang dan ke gimnasium lima kali seminggu, menghabiskan masa tiga hingga empat jam sehari untuk latihan fizikal.Malah, Ronaldo mendedahkan beliau tidak mengamalkan tiga waktu makan tradisi, sebaliknya mengambil enam hidangan kecil ('mini-meals') sepanjang hari untuk mengekalkan tenaga.Dalam satu temubual bulan lalu, Ronaldo membayangkan beliau mungkin berbaki satu atau dua tahun lagi sebelum bersara, namun kini fokus utamanya adalah memburu kegemilangan Piala Dunia di Amerika Syarikat tahun depan.Buat masa ini, Ronaldo terus menjadi tunjang utama Al-Nassr dengan rekod 12 gol dalam sembilan perlawanan musim ini membantu pasukannya mengungguli carta Liga Pro Saudi dengan kelebihan empat mata.