KAJANG – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan kehilangan Shirly Anak Sumping, 21, diterima pihaknya pada jam 9.11 malam, Khamis."Mangsa mempunyai ketinggian kira-kira 155 sentimeter (cm), berat 60 kilogram, berbadan gempal, berambut pendek paras bahu, memakai baju-T berwarna merah jambu dan seluar pendek berwarna coklat."Lokasi terakhir wanita itu dikenal pasti di Jalan SL 7/4, Bandar Sungai Long, Kajang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Tambahnya, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu terbabit agar tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4222 atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Nur Diana Ismail di talian 011-1097 5165.