KUALA LUMPUR – Polis menerima tiga laporan berhubung kes penderaan bayi di sebuah taska di Desa Petaling di sini.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, laporan diterima melibatkan mangsa berusia enam dan sembilan bulan."Seorang wanita berusia 26 tahun telah ditahan pada 16 Disember lalu untuk siasatan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur."Kes masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Sebelum itu, tular di akaun Threads satu rakaman video yang memaparkan tindakan dua wanita dipercayai melakukan kekerasan seperti menampar dan mencampak bayi di pusat jagaan terbabit.Insiden tersebut telah mencetuskan kemarahan netizen serta menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa lain.Menurut perkongsian oleh pengguna akaun @liyanazulkifli, rakaman berkenaan menunjukkan anaknya bersama beberapa bayi lain mengalami penderaan fizikal oleh pengasuh taska."Anak saya baru enam bulan, tak tahu apa-apa."Empat tahun tunggu, sembilan bulan aku kandungkan dia. Hancur hati tengok anak kena macam tu," katanya dalam hantaran di Threads.