KUALA LUMPUR – Seorang pengasuh ditahan bagi membantu siasatan kes penderaan bayi di sebuah taska di Desa Petaling di sini, baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, tiga laporan diterima melibatkan mangsa berusia enam dan sembilan bulan."Suspek, iaitu seorang wanita berusia 26 tahun, telah ditahan pada 16 Disember lalu untuk siasatan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur."Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Tambahnya, siasatan awal mendapati hanya seorang suspek terlibat dalam kes ini.Sebelum itu, tular di akaun Threads satu rakaman video yang memaparkan tindakan dua wanita dipercayai melakukan kekerasan seperti menampar dan mencampak bayi di pusat jagaan terbabit.Insiden itu telah mencetuskan kemarahan netizen dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.Menurut perkongsian pengguna akaun @liyanazulkifli, rakaman berkenaan menunjukkan anaknya bersama beberapa bayi lain mengalami penderaan fizikal oleh pengasuh taska."Anak saya baru enam bulan, tak tahu apa-apa."Empat tahun tunggu, sembilan bulan aku kandungkan dia. Hancur hati tengok anak kena macam tu," katanya dalam hantaran di Threads.