Insiden rusuhan bersenjata di restoran: 13 warga Vietnam ditahan

JOHOR BAHRU – Polis telah menahan 12 lelaki dan seorang wanita warga Vietnam berhubung insiden rusuhan bersenjata yang berlaku di sebuah restoran di Taman Mount Austin, di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, video insiden yang turut tular di media sosial dipercayai berlaku pada jam 3.50 pagi."Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sekumpulan lelaki menyerang mangsa serta rakannya menggunakan kerusi besi dan pisau pemotong daging, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, lengan, betis serta calar di seluruh badan."Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara dua individu berkaitan hutang peribadi," katanya dalam kenyataan.Raub berkata, menerusi operasi yang dijalankan, kesemua suspek ditahan dalam tempoh antara jam 3 pagi hingga 12.40 tengah malam Sabtu di beberapa lokasi sekitar Johor Bahru."Kesemua suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun, dan polis turut merampas tujuh unit telefon bimbit, sebilah pisau serta pakaian yang digunakan ketika kejadian bagi tujuan siasatan."Hasil semakan rekod lampau mendapati tujuh suspek mempunyai beberapa rekod jenayah dan dadah, manakala ujian saringan air kencing mendapati enam daripadanya positif dadah jenis ketamin," ujarnya.Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 148 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi suspek yang positif dadah."Suspek lelaki ditahan reman selama tujuh hari sehingga 3 Januari 2026, manakala suspek wanita ditahan reman selama tiga hari sehingga Selasa untuk membantu siasatan lanjut."Polis masih giat mengesan individu lain yang terlibat," katanya lagi.Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan sentiasa mematuhi undang-undang.Jelas Raub, sebarang maklumat berkaitan kejadian berkenaan boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.