‘Tiba-tiba macam ada renjatan elektrik di dada tiga kali’ - Remy Ishak

PELAKON Remy Ishak mengalami renjatan elektrik di dada semasa sesi latihan fizikal dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.Remy berkongsi kejadian tersebut di Instagram Story dan memberitahu dia berjaya mengawal pernafasan serta menamatkan latihan.Doktor menasihatkan Remy supaya banyak berehat untuk mengelakkan sebarang komplikasi lanjut.Pelakon Remy Ishak terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas mengalami situasi luar biasa seperti renjatan elektrik di bahagian dada ketika menjalani sesi latihan fizikal, baru-baru ini.Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Remy menerusi Instagram Story miliknya apabila dia mendedahkan kejadian tersebut berlaku ketika sedang menjalani latihan Super Saturday.Menurut Remy, dia secara tiba-tiba merasai seperti ‘electric shot’ di kawasan dada sebanyak tiga kali sehingga membuatkan dirinya panik seketika."Masa tengah training Super Saturday tadi tiba-tiba macam ada electric shot kat area dada, tiga kali. Panic sekejap tapi berjaya kawal pernafasan dan habiskan sesi workout hari ini," tulisnya.Susulan kejadian itu, Remy berkata, dia terus ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut bagi memastikan keadaannya berada dalam keadaan baik."Pergi hospital buat check-up. Doktor kata aku dapat ‘power’ baru, tenaga tu tengah mengalir dalam badan," katanya berseloroh.Namun begitu, Remy memaklumkan doktor turut menasihatkannya supaya memperbanyakkan rehat bagi mengelakkan perkara tidak diingini."Cuma satu dia pesan, kena banyak rehat," jelasnya. - Awani