SHAH ALAM- "Kawan makan kawan. Bermaksud kawan sudah memilih menjadi lawan."Demikian perkongsian ringkas Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari di Facebooknya pada Ahad, tanpa menambah sebarang penjelasan lanjut atau memetik mana-mana laporan terkini.Hantaran Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengundang tanda tanya dan pelbagai reaksi daripada pengikutnya.Bagaimanapun di ruangan komen terdapat pengguna media sosial berkenaan yang mengulas mengenai situasi politik negeri Perlis selain mencadangkan supaya menilai semula gabungan rakan politik di negeri itu.Sebelum ini media melaporkan, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu menggantikan Mohd Shukri Ramli yang meletak jawatan pada Khamis.Pelantikan itu menjawab teka-teki siapa yang bakal menerajui Perlis setelah menteri besar meletak jawatan akibat faktor kesihatan.Abu Bakar merupakan Timbalan Pengerusi I Perikatan Nasional (PN) Negeri dan Exco Kerajaan Negeri yang memegang portfolio Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan serta Pembangunan Luar Bandar.