LIGA Ragbi Super Putrajaya 2026 (PSR 2026) yang bakal berlangsung bermula 3 Januari hingga 1 Februari 2026 sebagai medan untuk memajukan sukan ragbi di Putrajaya dan Malaysia secara amnya.Menurut Persatuan Ragbi Putrajaya (PRP) dalam satu kenyataan berkata, saingan liga tersebut bukan sahaja menawarkan aksi kompetitif, malah berfungsi sebagai platform pembangunan ekosistem yang tersusun buat kelab-kelab gabungan."PSR 2026 berperanan sebagai platform pembangunan ekosistem liga yang membolehkan kelab-kelab gabungan PRP terlibat secara aktif dalam pembangunan pemain, pengurusan pasukan serta pengendalian pertandingan secara lebih tersusun dan berdisiplin," kata kenyataan itu.Lapan pasukan yang bakal berentap merebut kejuaraan edisi kali ini terdiri daripada Asas RC, Southern Oilers RC, Knuckles RC, SDAR Lions RC, UKM Bandits RC, MMU Hornbills RC, Phytons RC dan Kajang Rams RC.Aksi peringkat awal bakal diadakan di Padang Ragbi Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya, manakala perlawanan penentuan peringkat akhir dijadual berlangsung di Padang Ragbi Universiti Putra Malaysia (UPM).Dalam pada itu, PRP menegaskan bahawa aspek keselamatan pemain menjadi keutamaan sepanjang penganjuran liga tersebut.Ini merangkumi pemeriksaan kesihatan asas pemain, pengurusan masa rehat dan jadual perlawanan yang munasabah, pengendalian kecederaan dengan sokongan perkhidmatan perubatan serta penguatkuasaan standard pengadilan yang ketat.PSR 2026 turut memberi fokus kepada pembangunan atlet tempatan khususnya pemain muda dan pasukan universiti."Ia menyediakan pendedahan kepada jurulatih berpengalaman, analisis permainan serta suasana pertandingan berintensiti tinggi, sekali gus membuka laluan pembangunan bakat yang lebih tersusun ke peringkat negeri dan kebangsaan."Melalui penganjuran liga ini, PRP menyasarkan untuk menyokong pembentukan liga pemain tempatan yang lebih kompetitif, meningkatkan tarikan penonton, liputan media serta sokongan penaja terhadap sukan ragbi," jelas kenyataan itu.