MERSING – Tiga mangsa nyaris maut selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Jemaluang berhampiran Ladang Wakaf di sini malam Ahad.Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanak II Mohamed Zainuddin Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.59 malam.Katanya, sebaik menerima maklumat, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing bersama satu jentera fire rescue tender (FRT) serta satu unit sistem perubatan, perawatan penyelamatan dan kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 30 kilometer."Anggota bomba tiba di lokasi pada jam 11.22 malam dan mendapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta yang dipercayai terbabas dengan tiga mangsa masih di dalam kenderaan terbabit."Seorang mangsa dilaporkan selamat manakala dua lagi mangsa cedera dihantar ke Hospital Mersing menggunakan ambulans sebelum ketibaan pasukan bomba," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Tambah Mohamed Zainuddin, tindakan pasukan bomba di lokasi adalah memastikan kawasan kemalangan berada dalam keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya."Keadaan dapat dikawal sepenuhnya tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.48 malam," katanya.