LEDANG, 29 Dis – Kestabilan politik yang dihadiahkan oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022 telah dimanfaatkan sebaiknya oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menggilap potensi Negeri Johor, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Sahrihan Jani. Ini kerana katanya, Kerajaan Negeri Johor telah memperoleh pelbagai pencapaian luar biasa dalam pelbagai sektor yang membolehkan ia menjadi sebuah pusat ekonomi [...]