SHAH ALAM - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menasihati seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Syafinas Abu Bakar supaya insaf dan tidak berkongsi kenyataan palsu di media sosial."Harap Syafinas Abu Bakar insaf. Jangan jadikan fitnah makanan ruji harian," katanya menerusi laman Facebook pada Isnin.Kenyataan itu dibuat selepas Buletin TV3 menafikan penerbitan artikel yang bertajuk 'TikTok Malaysia akan ditutup kerana ia merugikan negara kita - Fahmi Fadzil'.Dalam hantaran penafian tersebut, Buletin TV3 menafikan tuduhan dibuat dan menegaskan bahawa ia adalah palsu dan Fahmi tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu.Sebelum ini, Syafinas Abu Bakar berkongsi perkara tersebut di media sosial miliknya dengan kapsyen 'Hari ini kita nampak, bukan terkesan pada pembeli tapi pada penjual dan juga promoter. Terpaksa naikkan harga jualan supaya produk masih lagi diparas keuntungan. Ibarat 'silent killer'.