Polis buru lelaki curi beg, motosikal milik warga emas di masjid

GEORGE TOWN - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencuri beg dan sebuah motosikal milik seorang warga emas di sebuah masjid di Batu Uban, di sini, pada Ahad.Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa yang berusia lingkungan 70-an pada hari sama."Berdasarkan laporan polis, beg mengandungi wang tunai RM100 dan motosikal terbabit dicuri ketika mangsa sedang berada di dalam masjid."Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi 30 saat memaparkan seorang lelaki memakai baju warna hitam telah mengambil satu beg milik seorang warga emas yang sedang berehat di dalam sebuah masjid sebelum turut melarikan motosikal milik mangsa.Video itu dipercayai rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) di dalam masjid terbabit. - Bernama