Sudah berapa kali ubah agama kerana politik? - Dr Maza

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempersoal golongan yang menunggang agama demi kepentingan politik.Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Maza memuat naik tulisan di Facebook Dr MAZA Channel pada Isnin."Apabila saya kata 'Jika buat tuduhan, nyatakan bukti supaya tiada yang menjadi mangsa'. Kamu kata 'Mufti cakap agama sahaja, jangan cakap hal politik. Kalau nak cakap, sila masuk bertanding'."Semalam kamu kata agama dan politik tidak boleh berpisah. Kamu kata 'sesiapa yang memisahkan agama dan politik maka dia menjadi kafir'."Maka dalam sejarah kamu, begitu ramai yang telah menjadi mangsa kafir mengkafir atas teori tersebut. Hari ini lain pula bunyinya. Kemudian, larangan membuat tuduhan tanpa bukti itu kan larangan agama?!," tulisnya.Beliau dalam tulisan sama turut mempersoal golongan terbabit yang mempermainkan agama demi kepentingan politik."Sudah berapa kali kamu ubah agama kerana kehendak politik kamu? Apakah agama yang kamu perjuangkan selama ini?," soal beliau.