Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menerusi pengumuman yang dibuat malam tadi.Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.Menurut mereka, Muhyiddin menyampaikan keputusan tersebut melalui kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti sekitar jam 10.30 malam.Bagaimanapun, punca peletakan jawatan itu tidak dinyatakan.Difahamkan, langkah tersebut dipercayai berkait dengan desakan beberapa pemimpin Pas terhadap kepimpinan Muhyiddin dalam PN susulan krisis politik di Perlis baru-baru ini. - Awani