Buruh warga Myanmar mengaku tidak bersalah miliki Revolver

BUTTERWORTH – Seorang buruh warga Myanmar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memiliki senjata api di sebuah bengkel.Tertuduh, Aung Soe, 39 tahun, didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Revolver.38 yang tidak mempunyai nombor siri, tanpa sebarang permit atau lesen yang sah dan senjata api itu diperoleh semasa melakukan kesalahan berkaitan dadah.Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah bengkel kontena di Lorong Perusahaan Baru, Perai pada jam 12.10 pagi, 21 Disember lalu.Sehubungan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang daripada 14 tahun dan dikenakan tidak kurang daripada enam sebatan.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Amalina Harun, manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Hussaini Abdul Rashid.Siti Nur Amalina tidak menawarkan sebarang jaminan kerana pertuduhan tersebut merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin.Hakim Roslan Hamid kemudiannya memutuskan untuk tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 6 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen.Tertuduh turut berdepan tiga lagi pertuduhan berkaitan dadah, kesalahan imigresen dan senjata api di Mahkamah Bukit Mertajam.AKAN MENYUSUL