KANGAR – Perikatan Nasional (PN) Perlis menghormati keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026.Pengerusi PN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kepimpinan Muhyiddin sepanjang menerajui gabungan itu telah banyak menyumbang kepada kejayaan PN, khususnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.Menurutnya, Perlis turut mendoakan agar Muhyiddin terus dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati ALLAH SWT atas segala sumbangan beliau dalam arena politik tanah air."Kami menghormati keputusan yang dibuat Tan Sri dan memohon maaf atas apa-apa kekhilafan sepanjang tempoh kepimpinan beliau."Sesungguhnya kepimpinan Tan Sri Muhyiddin telah memberikan kejayaan besar kepada PN dalam PRU yang lepas. Jasa dan sumbangan beliau tetap dikenang dan dihargai," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Terdahulu, media melaporkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.Pengumuman tersebut disahkan sendiri oleh Muhyiddin menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya pada Selasa.Dalam pada itu, Muhyiddin turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada barisan kepimpinan PN serta semua parti komponen yang menganggotai gabungan berkenaan.