SHAH ALAM - Selepas Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan, giliran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung gabungan tersebut berkuat kuasa Rabu.Menerusi satu kenyataan pada Selasa, beliau berkata, ini kerana pelantikannya bagi jawatan berkenaan sebelum ini di bawah bidang kuasa Pengerusi PN.Kata Mohamed Azmin, beliau turut meletakkan jawatan Pengerusi PN Selangor."Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih," katanya.Muhyiddin sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan beliau berkuat kuasa Rabu.Disember tahun lalu, Mohamed Azmin dilantik sebagai Setiausaha Agung PN selaras dengan keputusan pemilihan parti selepas Datuk Seri Hamzah Zainudin yang sebelum itu menjawat jawatan berkenaan dipilih sebagai Timbalan Presiden Bersatu dan Timbalan Pengerusi PN.