Pas tidak sertai Exco Perlis, wakil sedia ada akan letak jawatan - Takiyuddin

SHAH ALAM - Pas memutuskan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu tidak akan menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang akan dibentuk oleh Menteri Besar Perlis yang baharu, Abu Bakar Hamzah.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, semua anggota Exco Pas sedia ada pula akan melepaskan jawatan masing-masing sebagai tanda solidariti dan seiring peletakan jawatan bekas Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli."Pas komited untuk meneruskan kelangsungan dan keberadaan dalam kerajaan negeri Perlis selaras dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)."Dalam pada itu, Pas juga menegaskan komitmen untuk kekal selamanya menghormati lunas-lunas undang-undang, prinsip-prinsip demokrasi, konsep Raja berperlembagaan serta kebijaksanaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail demi kemaslahatan negeri dan rakyat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Ketika ini, empat wakil Pas membarisi senarai Exco Perlis iaitu Wan Badariah Wan Saad (Mata Ayer), Muhammad Azmir Azizan (Santan), Asrul Aimran Abd Jalil (Kayang) dan Razali Saad (Simpang Empat) serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Rus'sele Eizan.Berdasarkan kedudukan semasa, Pas kini menguasai enam daripada keseluruhan 15 kerusi DUN di Perlis selepas tiga kerusi milik sebelum ini diisytiharkan kosong susulan kemelut politik yang melanda.Sementara itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memiliki lima kerusi dan satu daripada Pakatan Harapan (PH) di Indera Kayangan.