Kes gaduh Pasar Melor: 10 termasuk empat beranak disambung reman

KOTA BHARU – Tempoh reman 10 individu termasuk empat beranak yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan berhampiran Pasar Awam Melor, disambung reman tiga hari di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.Perintah dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rashid lima lelaki dan lima wanita berusia yang berusia lingkungan 20 hingga 50-an.Tempoh reman lanjutan tersebut berkuat kuasa bermula Rabu hingga Jumaat ini.Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, lanjutan reman berkenaan bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh secara beramai-ramai di tempat awam."Mereka sebelum ini ditahan Sabtu lepas dan direman empat hari serta disambung tiga hari lagi," katanya.Sementara itu, Mahkamah Majistret sama pada Isnin turut membenarkan dua beradik wanita berusia 28 dan 30 tahun yang ditahan pada Jumaat lepas, disambung reman tiga hari hingga Khamis bagi membantu siasatan kes sama.Sebelum ini, polis menahan seramai 12 individu terbabit selepas terlibat pergaduhan kira-kira jam 2.30 petang Khamis lalu.Dalam kejadian itu, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dilaporkan mengalami kecederaan pada seluruh bahagian badan.Rakaman video kejadian turut tular di media sosial memaparkan pergaduahan yang pada awalnya melibatkan dua wanita sebelum beberapa individu lain termasuk lelaki dan wanita dipercayai ahli keluarga masing-masing campur tangan.