SUBANG JAYA – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Sarah Nabihah Abdul Rahin pada jam 12.48 tengah malam Isnin."Berdasarkan maklumat, Sarah Nabihah dilaporkan kali terakhir dilihat di sebuah rumah di USJ 2/4 di sini."Remaja itu berketinggian kira-kira 155 sentimeter, kulit cerah, hidung mancung, rambut panjang warna perang dan bibir tebal," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai remaja terbabit supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222."Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Norhapizah Zulkapli di talian 017-234 0141 bagi membantu siasatan," katanya.