Serah kad ATM kepada 'polis', pesara rugi RM750,000

KOTA TINGGI - Seorang pesara wanita tidak lena tidur apabila wang simpanannya berjumlah RM750,000 lesap akibat diperdaya individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan mendakwa dia terlibat dalam penggubahan wang haram.Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, mangsa yang 60 tahun memaklumkan kejadian tersebut telah berlaku sejak September lalu."Mangsa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan memaklumkan bahawa namanya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram."Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa menyerahkan dua keping kad ATM kononnya bagi tujuan membersihkan nama mangsa daripada tuduhan berkenaan."Mangsa turut dijanjikan bahawa wang tersebut akan dipulangkan selepas siasatan selesai," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Selasa.Bagaimanapun katanya, mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila mendapati terdapat pengeluaran wang dari akaunnya hingga mencecah RM750,000."Mangsa mendakwa suspek juga tidak memulangkan semula wang berhubung penyelesaian kes tuduhan pengubahan wang haram yang dikenakan ke atas mangsa," katanya.Tambah Yusof, warga emas berkenaan kemudiannya membuat laporan polis pada Isnin.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu."Polis Daerah Kota Tinggi menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak mudah percaya dengan penyampaian maklumat serta mengelirukan."Dapatkan maklumat berkaitan modus operasi jenayah komersil terkini dengan mengikuti laman sosial rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Facebook, Instagram dan TikTok."Orang ramai juga diminta menyemaknombor akaun sebelum melakukan sebarang transaksi kepada orang yang tidak dikenali melalui perkhidmatan 'Semak Mule' yang tersedia dalam talian serta memuat turun aplikasi 'whoscall' bgi mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan atau menghubungi National Camp Response Centre (NSRC) di talian 997 segera sebagai tindakan awal menyekat pengeluaran wang keluar dari akaun suspek," katanya.