IPOH - Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, berkuat kuasa 1 Januari 2026.Dalam satu kenyataan, bekas Menteri Besar Perak itu berkata, keputusan dibuat susulan langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi parti.Menurutnya, tindakan itu juga antara lain menghormati hak prerogatif pengerusi dalam soal pelantikan kepimpinan parti."Menghormati bahawa kuasa pelantikan adalah prerogatif pengerusi, dengan ini saya memaklumkan perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Perak," katanya.Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta ahli-ahli parti komponen PN Perak atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang diberikan sepanjang tempoh beliau menggalas amanah tersebut.