SERDANG – Kertas siasatan berhubung kes seorang pekerja restoran makanan segera yang dipukul oleh seorang wanita akibat perselisihan berkaitan urusan perniagaan di TikTok telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya telah menerima arahan untuk mendakwa suspek di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 8 Januari ini."Suspek kini berada di luar negara dan kita akan mendakwanya pada 8 Januari ini sebaik sahaja dia pulang ke tanah air," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada Selasa.Pada 18 Disember lalu, media melaporkan bahawa kejadian berlaku di sebuah premis makanan segera di Serdang Raya pada jam 4 petang, 8 Disember.Menurut Muhamad Farid, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 45 tahun sedang bekerja apabila didatangi tujuh individu terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita.Mangsa mendakwa suspek yang berusia 40 tahun dan dikenali melalui platform TikTok telah menyerangnya dengan menumbuk muka sebelah kiri sebanyak lima kali.Akibat serangan itu, mangsa mengalami bengkak pada pipi kiri dan luka kecil di bahagian dalam bibir.Beliau berkata, suspek telah dipanggil untuk memberi keterangan sebelum ini dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.