'Ambil peluang kukuhkan kesatuan' - AMK

SHAH ALAM - Semua komponen parti dalam kerajaan Madani wajar mengambil peluang susulan perkembangan politik semasa untuk terus memperkukuh kesatuan, kepercayaan dan kerjasama yang terbina demi kemaslahatan rakyat serta kestabilan negara.Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Omar Mokhtar A Manap dalam satu kenyataan menegaskan, komitmen berterusan menyokong usaha kerajaan Madani dalam memastikan kestabilan politik, menghormati institusi Raja-Raja Melayu, menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan menolak sebarang bentuk politik mencetuskan ketidaktentuan serta perpecahan.Menurutnya, rakyat ketika ini mengharapkan kepimpinan yang stabil, berintegriti dan berfokus kepada agenda pemulihan ekonomi, kos sara hidup, peluang pekerjaan serta masa depan generasi muda."Politik yang sarat dengan konflik dan percaturan kuasa hanya mengalihkan perhatian daripada keperluan sebenar rakyat," menurut kenyataan itu pada Selasa.Dalam kenyataan sama, beliau berpandangan Malaysia memerlukan politik yang matang, berteraskan penyelesaian dan tanggungjawab.Omar Mokhtar turut menegaskan, pergolakan berterusan dalam Perikatan Nasional (PN) wajar dijadikan pengajaran bahawa kestabilan dan kesepakatan adalah prasyarat utama untuk memimpin negara dengan berkesan.