BEKAS juara dunia UFC, Khabib Nurmagomedov mencuri perhatian pada majlis Globe Soccer Awards 2025 di Atlantis, The Royal, Dubai baru-baru ini apabila diberikan tiket VIP Piala Dunia FIFA 2026.Khabib yang meminati legenda Real Madrid, Ronaldo Nazario menerima hadiah tersebut secara simbolik daripada Ronaldo sendiri.Dalam momen menarik itu, bola yang dipegang Ronaldo digerakkan ke arah Khabib ketika beliau duduk di barisan hadapan.Beliau kemudian naik ke pentas untuk berbual dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino, berseloroh tentang tiket VIPnya."Adakah saya akan dapat tiket VIP? Tapi saya sudah beli tiket biasa," ujarnya.Infantino membalas: "Untuk kamu, semua boleh."Pemberian tiket VIP itu menjadi tumpuan kerana Piala Dunia 2026 dijangka menjadi salah satu edisi paling ramai pengunjung dalam sejarah dengan permintaan tiket mencapai rekod tinggi menjelang penganjuran di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.Pada Isnin, FIFA memaklumkan bahawa lebih 150 juta permintaan tiket diterima bagi Piala Dunia 2026, sekali gus mencatat rekod baharu dalam sejarah penjualan tiket kejohanan itu.Peminat dari lebih 200 negara dan wilayah membanjiri platform FIFA.com/tickets selepas fasa cabutan rawak dibuka pada 11 Disember.Fasa itu dijadual berakhir pada 13 Januari 2026.FIFA berkata, Piala Dunia 2026 mencatat permintaan melebihi 30 kali ganda berdasarkan jumlah kad kredit individu yang disahkan bagi setiap permohonan tiket dan angka itu adalah 3.4 kali lebih tinggi berbanding jumlah keseluruhan penonton bagi 964 perlawanan sepanjang 22 edisi kejohanan sejak 1930.Piala Dunia 2026 akan bermula pada 11 Jun hingga 19 Julai dengan 104 perlawanan akan dipertandingkan melibatkan 48 pasukan.